Thursday 18 April 2013


BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN 

Pengenalan
Bunga raya atau Hibiscus Rosa- Sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia yang menjadi lambang perpaduan bangsa, agama, dan negara. Kelopak bunga yang lima adalah lambang kepada Rukun Islam dan Rukun Negara. Warna merah pula bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di Negaraku Malaysia tercinta. Ia dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh YAB Perdana Menteri pertama ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.

Kewujudan yang sekian lama turut dikenali sebagai ‘The Rose of China’ berdasarkan penemuan asal di negara China. Pada awalnya, terdapat 10 spesies atau jenis bunga raya daripada kumpulan ‘keluarga Malvaceae’. yang wujud di negara ini. Kini, jumlah spesies bunga raya melebihi 3,000 spesis bunga raya hybrid dan variasi yang berdaftar di seluruh dunia.

Pada 1989, Taman Bunga Raya Kuala Lumpur dibina khusus sebagai satu pengiktirafan pada bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang terletak di Taman Tasik Perdana. Kawasan seluas 0.9 hektar itu ditanam dengan 5,000 batang pokok bunga raya terdiri daripada pelbagai spesies dan variasi.

Spesis Bunga Raya

Di Malaysia saja, jumlah spesies bunga raya mencapai 300 jenis. Bunga raya di sini dalam kumpulan famili Malvaceae. Pembiakan bunga raya adalah hasil dari keratan dahan, tut atau cantuman.
 Spesies bunga raya yang dikenal pasti ialahHibiscus Rosa-Sinensis, Hibiscus Mutabilis, Hibiscus Esculenthus, Hibiscus Tiliaceus, Hibiscus Syriacus, Hibiscus Moschentos, Hibiscus Rockil, Hibiscus Kokio, Hibiscus Yougianus dan Hibiscus Arnottianus.

Hybrid bunga raya pula, antaranya ialah Fierlight, Charles September, Light Pink, Ritt 470, La France, Peach, Aurora, White Picardy, Scarlet Giant, Pink President, Pagoda, Francosea, Miss Kitty, Frank's Lady, Fire Truck, Cooperi Alba, Aloha danPukoonis. Malah, nama bunga raya turut mengambil nama Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan isterinya, turut diberikan nama pada bunga raya iaitu Hibiscus Rosa-Senensis Dr Mahathir dan Hibiscus Rosa-Senensis Dr. Siti Hasmah

.

No comments:

Post a Comment