Saturday 31 August 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 56


Tumpahkan taat setiamu 
Walau di mana jua kau berada
Bumi bertuah ini
Menyimpan berjuta rahsia
Penat lelah pejuang bangsa
Pengorbanan, air mata, keringat dan darah 
Tak kan terbalas....

Usah derhaka wahai yang bernama warga Malaysia
Jangan bongkak jika kini kau berjaya
Jangan mendabik dada bersuara megah
Seolah itu usahamu sendiri
Usah diubah cerita benar sejarah bumi ini
Seolah kami buta, tuli, tak mengerti apa-apa.

Dengarlah janji ini,
Demi ibu pertiwi...akan ku junjung semangat merdeka
akan ku pertahan kedaulatanmu
akan ku robek-robek musuhmu
akan ku jaga amanah bapa-bapa dan ibu-ibu kita
akan ku kejutkan anak-anak yang leka...
biar bangkit terbela, tidak tersisih lagi terhina.



Nukilan:
Azlifah
31hb. Ogos 2013



Sunday 9 June 2013


SAJAK -SAJAK PATRIOTIK PILIHAN 

Transformasi Bumiku

Selangkah demi selangkah
Ku memijak di bumi nyata
Tanpa takut atau gentar
Merasai nikmat sesama manusia

Walau sukar kehidupan silam
Tidak lagi di masa hadapan
Setelah mengalami pelbagai perubahan
Kini bumiku aman tiada peperangan

Sejarah lama menjadi ingatan
Peristiwa silam tidak akan berulang
Bumiku aman sentiasa dijulang
Wawasan kehidupan semakin gemilang...

Hasil nukilan Muhammad Haziq bin Jamaludin ( 2 UIAM  2013 )


Malaysia Negara Maju

Malaysia tanah airku
Kini makmur aman sejahtera
Walau negeri banyak di Malaysia
Tetap teguh bersatu padu
Di bawah naungan jalur gemilang
Rakyat hidup tanpa mengira kaum

Malaysia tanah airku
Telah mendidik anak bangsa
Dari kecil hingga dewasa
 Bersekolah hingga berjaya
Gigih bangun untuk berusaha
untuk mencapai matlamat hidup

Malaysia tanah airku
Walau maju pesat membangun
Generasi kini banyak terlupa
Akan jasa nenek moyang
yang telah letih berkorban
Memerdekakan negaraku tercinta

Malaysia tanah airku
Mempunyai bangsa yang berjaya 
Mempunyai pemimpin yang berwibawa
Lagi adil dan bijaksana
Ingin melihat negara berjaya
Tahun 2020 menjadi wawasannya..

Hasil nukilan Janatul Naim bin Mohd Noor ( 2 UIAM 2013 )

Saturday 27 April 2013

BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

                                
1. BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


2. BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


                        3. BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

4. BENDERA NEGERI SABAH


5. BENDERA NEGERI SARAWAK


6. BENDERA NEGERI TERENGGANU



                                         7. BENDERA NEGERI SELANGOR

                                            8. BENDERA PULAU PINANG

                                            9. BENDERA NEGERI PERLIS

                                         10. BENDERA NEGERI SEMBILAN



11. BENDERA NEGERI MELAKA




12. BENDERA NEGERI KELANTAN


                                             13. BENDERA NEGERI PAHANG

                      
         14. BENDERA NEGERI PERAK

15. BENDERA NEGERI KEDAH


16. BENDERA NEGERI JOHOR



Thursday 18 April 2013


BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN 

Pengenalan
Bunga raya atau Hibiscus Rosa- Sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia yang menjadi lambang perpaduan bangsa, agama, dan negara. Kelopak bunga yang lima adalah lambang kepada Rukun Islam dan Rukun Negara. Warna merah pula bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di Negaraku Malaysia tercinta. Ia dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh YAB Perdana Menteri pertama ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.

Kewujudan yang sekian lama turut dikenali sebagai ‘The Rose of China’ berdasarkan penemuan asal di negara China. Pada awalnya, terdapat 10 spesies atau jenis bunga raya daripada kumpulan ‘keluarga Malvaceae’. yang wujud di negara ini. Kini, jumlah spesies bunga raya melebihi 3,000 spesis bunga raya hybrid dan variasi yang berdaftar di seluruh dunia.

Pada 1989, Taman Bunga Raya Kuala Lumpur dibina khusus sebagai satu pengiktirafan pada bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang terletak di Taman Tasik Perdana. Kawasan seluas 0.9 hektar itu ditanam dengan 5,000 batang pokok bunga raya terdiri daripada pelbagai spesies dan variasi.

Spesis Bunga Raya

Di Malaysia saja, jumlah spesies bunga raya mencapai 300 jenis. Bunga raya di sini dalam kumpulan famili Malvaceae. Pembiakan bunga raya adalah hasil dari keratan dahan, tut atau cantuman.
 Spesies bunga raya yang dikenal pasti ialahHibiscus Rosa-Sinensis, Hibiscus Mutabilis, Hibiscus Esculenthus, Hibiscus Tiliaceus, Hibiscus Syriacus, Hibiscus Moschentos, Hibiscus Rockil, Hibiscus Kokio, Hibiscus Yougianus dan Hibiscus Arnottianus.

Hybrid bunga raya pula, antaranya ialah Fierlight, Charles September, Light Pink, Ritt 470, La France, Peach, Aurora, White Picardy, Scarlet Giant, Pink President, Pagoda, Francosea, Miss Kitty, Frank's Lady, Fire Truck, Cooperi Alba, Aloha danPukoonis. Malah, nama bunga raya turut mengambil nama Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan isterinya, turut diberikan nama pada bunga raya iaitu Hibiscus Rosa-Senensis Dr Mahathir dan Hibiscus Rosa-Senensis Dr. Siti Hasmah

.

Tuesday 16 April 2013


TIPS CEMERLANG SEJARAH

(Khas untuk calon PMR 2013)




1. Maksimumkan penggunaan Buku Teks
    - pastikan baca keseluruhan isi kandungan buku teks Tingkatan 1, 2 dan 3.
    - jangan abaikan kapsyen atau penerangan di bawah gambar atau peta.
    - beri perhatian kepada maklumat dalam kotak kecil di bahagian tepi
      (contoh :info arkib, pustaka ilmu, takrif kata)
    - jadikan 'glosari' dalam buku teks sebagai bacaan wajib kerana ia adalah istilah
       yang boleh menjadi petunjuk (klu) untuk menjawab dengan betul.


2. Senaraikan nama- nama tokoh mengikut bab ( bagi tajuk Ting 3)
    - jangan lupa lampirkan maklumat bagi setiap tokoh berdasarkan buku teks.


3. Jadikan peta minda atau nota ringkas  sebagai teman
    - buat dalam saiz kecil atau bentuk yang sesuai supaya mudah dibawa atau dimasukkan 
      ke dalam poket.


4. Belajar dalam kumpulan atau 'study group'
    - banyak kemahiran dapat dipupuk secara langsung
      (Kemahiran berfikir, mendengar, menulis, menganalisis dll)


5. Sentiasa bersikap terbuka untuk belajar sejarah
    - sejarah bukan subjek yang membosankan
    - pedulikan momokan orang tentang susahnya mengingat tarikh dan tahun
    - yang pentingnya teknik belajar cara kita kendalikan diri sendiri
    - sentiasa enjoy belajar sejarah kerana ia adalah cerita yang kita mesti tahu watak 
      penting, latar, plot atau kronologi cerita.
    - aplikasikan prinsip  4W 1H dalam pembelajaran untuk melihat kaitan antara bab
              4W  - WHY ( Mengapa )
                     - WHEN ( Bila )
                     - WHERE ( Mana )
                     - WHO ( Siapa)
               1H  -  HOW ( Bagaimana )


6. Rajin menjawab soalan- soalan
    - topikal, soalan PMR tahun- tahun lepas, soalan percubaan SBP , dll


7. Jadikan guru sebagai rujukan penting
    - membuat tafsiran sendiri boleh menyebabkan anda menyimpang jauh dari landasan
      sebenar
        
"Semoga anda berjaya. Gunakanlah segala peluang yang ada untuk 
menjadi lebih cemerlang"

Sunday 14 April 2013

Kerja Kursus Sejarah (PMR) 2013

KERJA KURSUS SEJARAH (PMR) 2013


Sila klik pautan di bawah untuk melihat






KOMEN PELAJAR MENGENAI KERJA KURSUS.....

"Susah laaa...."





"Macam -macam nak buat.."




"Malu betul nak tanya- tanya orang ni...."



Tapi ada ramai yang berpendapat....


"Best lah, dapat pengalaman baru....   Bila interview orang dan ambil gambar 
rasa macam wartawan pula....  Bangga pun ada sebab baru Tingkatan 3 dah buat kajian luar macam pelajar universiti...  Terima kasih cikgu, bimbing kami walaupun selalu buat silap."



Selamat melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2013 dengan cemerlang!
Setiap kejayaan perlukan pengorbanan... 
jangan mudah menyerah kalah sebelum berjuang!


Saturday 13 April 2013




Takrif Kata

Untuk rujukan tajuk- tajuk Tingkatan 3








1. Negeri Naungan 
     Negeri yang dilindungi oleh British dan raja- raja Melayu masih menjadi ketua negeri.

2. Tanah Jajahan Mahkota
     Negeri yang diperintah oleh British secara langsung dan berada di bawah Parlimen British 
     iaitu Melaka dan Pulau Pinang.

3. Jus Soli
    Kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran seseorang.

4. Dekolonisasi
    Suatu proses membebaskan negeri yang dijajah.

5. Raja Berpelembagaan
    Raja yang bertakhta mengikut peruntukan perlembagaan negeri atau negara.

6. Feudal
    Sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh golongan bangsawan.

7. Imperialis
   Negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain.

8. Pilihan raya
    Proses memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri oleh penduduk    
    dengan cara mengundi.

9. Konferensi Nasional
    Diadakan pada bulan Februari 1954 oleh pihak British.

10. Konvensi Nasional
       Diadakan pada bulan Ogos 1954 oleh pihak UMNO.

11. Manifesto 
       Satu program atau perancangan parti politik yang menyertai pilihan raya.

12. Memorandum
       Dokumen yang mengandungi cadangan tentang sesuatu perkara.

13. Neokolonianisme
       Suatu bentuk penjajahan baru yang melibatkan peluasan pengaruh politik terhadap  
       negara lain yang baru merdeka terutamanya melalui tekanan ekonomi.

14. Konfrontasi 
       Sikap penentangan terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Indonesia. Filipina 
       juga menunjukkan reaksi yang sama kemudiannya.

15. Gestapo 30 September
       Percubaan rampasan kuasa oleh PKI di Indonesia. Dalam peristiwa ini D.N. Aidid iaitu 
       pemimpin PKI telah terbunuh.

16. Perang Gerila 
       Perang secara serang hendap dan memasang perangkap.

17. Perang Saraf
       Usaha untuk melemahkan musuh dengan menjatuhkan moral mereka.

18. Autonomi
       Bidang kuasa pemerintahan tertentu dalam hubungan antara dua pihak yang bersekutu.

19. Status quo
       Sesuatu kedudukan yang sebagaimana sedia ada tanpa dibuat sebarang perubahan dan 
       ingin dikekalkan.

20. Malaysian Malaysia
       Konsep negara Malaysia tanpa merujuk latar belakang sejarah penduduk.
       
"Belajar sejarah dengan hati terbuka 
nescaya kita tidak rasa berat dan terbeban"