Monday 12 March 2012

Amanat Pemimpin Negara


Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj
"Kemerdekaan ibarat obor yang menyala. Marilah kita julang obor ini setinggi
-tingginya dengan bangga supaya cahayanya dapat menerangi sekitar alam
(BH 1&3 Ogos 2009)



Tun Abdul Razak
"Kita memikir apakah sumbangan yang patut kita beri kepada negara dan janganlah kita semata- mata memikirkan apa faedah kita patut dapat daripada kerajaan dan negara"
(BH 9 Ogos 2009)


Tun Hussein Onn
"Di mana ada harapan di situ ada usaha, di mana tiada keadilan ,tidak akan ada keamanan, keharmonian dan muhibah"
(BH 18 Ogos 2009)


Tun Dr Mahathir Mohamad
"Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan pada zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah digugat dan kita terpaksa tunduk pada kuasa asing"
(24 Ogos 2009)


Tun Abdullah Ahmad Badawi
"Kita mampu menjadi yang cemerlang ,gemilang dan terbilang. Bersatulah tanpa mengira bangsa dan agama, melalui segala ranjau dan onak membangunkan negara"
(BH 27 Ogos 2009)


Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak
"Tiada guna jika negara mempunyai ramai cerdik pandai, hasil bumi yang banyak dan memiliki teknologi tinggi jika tidak berpaksikan pada kesatuan dan perpaduan"
(BH 30 Ogos 2009)

Selamat Datang ke Blog Panitia Sejarah

Panitia Sejarah mengharapkan blog ini dapat membantu memberi maklumat berkaitan mata pelajaran sejarah kepada semua yang meminati bidang ini. Sejarah bukan untuk dilupakan atau sekadar digantung sekadar hiasan, tetapi untuk dijadikan pelajaran, teladan dan sempadan bagi meneruskan kehidupan.