Saturday 19 April 2014

Pertukaran Nama PMR

Mulai 2014, peperiksaan PMR ditukar kepada Pentaksiran Tingkatan 3(PT3).

Lagu Sekolah

Dicipta oleh Allahyarham En.Azlan , pensyarah IPRM(Institut Perguruan Raja Melewar) pada 2007.Lirik oleh Cikgu Mohd Fisol bin Mansoor

Sejarah Ringkas Sekolah

1.Cadangan penubuhan pada 18 Oktober 2006
2.18 Disember 2006 -Mesyuarat Pengurusan 1
3.22 Disember 2006-Mesyuarat Guru 1
4.29 Disember 2006- Pendaftaran Murid 1
5.3 Januari 2007- Sesi Persekolahan 1 menumpang di SMK Senawang
6.14 November 2013-Berpindah ke Taman Forest Heigths
7.2 Disember 2014- Pendaftaran Murid untuk sesi 2014

Pertukaran Nama Sekolah

Mulai Januari 2014 nama SMK Senawang 3 menggunakan nama baru iaitu SMK Taman Forest Heights setelah berpindah ke bangunan baru pada 14 November 2013

Saturday 31 August 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 56


Tumpahkan taat setiamu 
Walau di mana jua kau berada
Bumi bertuah ini
Menyimpan berjuta rahsia
Penat lelah pejuang bangsa
Pengorbanan, air mata, keringat dan darah 
Tak kan terbalas....

Usah derhaka wahai yang bernama warga Malaysia
Jangan bongkak jika kini kau berjaya
Jangan mendabik dada bersuara megah
Seolah itu usahamu sendiri
Usah diubah cerita benar sejarah bumi ini
Seolah kami buta, tuli, tak mengerti apa-apa.

Dengarlah janji ini,
Demi ibu pertiwi...akan ku junjung semangat merdeka
akan ku pertahan kedaulatanmu
akan ku robek-robek musuhmu
akan ku jaga amanah bapa-bapa dan ibu-ibu kita
akan ku kejutkan anak-anak yang leka...
biar bangkit terbela, tidak tersisih lagi terhina.



Nukilan:
Azlifah
31hb. Ogos 2013



Sunday 9 June 2013


SAJAK -SAJAK PATRIOTIK PILIHAN 

Transformasi Bumiku

Selangkah demi selangkah
Ku memijak di bumi nyata
Tanpa takut atau gentar
Merasai nikmat sesama manusia

Walau sukar kehidupan silam
Tidak lagi di masa hadapan
Setelah mengalami pelbagai perubahan
Kini bumiku aman tiada peperangan

Sejarah lama menjadi ingatan
Peristiwa silam tidak akan berulang
Bumiku aman sentiasa dijulang
Wawasan kehidupan semakin gemilang...

Hasil nukilan Muhammad Haziq bin Jamaludin ( 2 UIAM  2013 )


Malaysia Negara Maju

Malaysia tanah airku
Kini makmur aman sejahtera
Walau negeri banyak di Malaysia
Tetap teguh bersatu padu
Di bawah naungan jalur gemilang
Rakyat hidup tanpa mengira kaum

Malaysia tanah airku
Telah mendidik anak bangsa
Dari kecil hingga dewasa
 Bersekolah hingga berjaya
Gigih bangun untuk berusaha
untuk mencapai matlamat hidup

Malaysia tanah airku
Walau maju pesat membangun
Generasi kini banyak terlupa
Akan jasa nenek moyang
yang telah letih berkorban
Memerdekakan negaraku tercinta

Malaysia tanah airku
Mempunyai bangsa yang berjaya 
Mempunyai pemimpin yang berwibawa
Lagi adil dan bijaksana
Ingin melihat negara berjaya
Tahun 2020 menjadi wawasannya..

Hasil nukilan Janatul Naim bin Mohd Noor ( 2 UIAM 2013 )