Saturday 31 August 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 56


Tumpahkan taat setiamu 
Walau di mana jua kau berada
Bumi bertuah ini
Menyimpan berjuta rahsia
Penat lelah pejuang bangsa
Pengorbanan, air mata, keringat dan darah 
Tak kan terbalas....

Usah derhaka wahai yang bernama warga Malaysia
Jangan bongkak jika kini kau berjaya
Jangan mendabik dada bersuara megah
Seolah itu usahamu sendiri
Usah diubah cerita benar sejarah bumi ini
Seolah kami buta, tuli, tak mengerti apa-apa.

Dengarlah janji ini,
Demi ibu pertiwi...akan ku junjung semangat merdeka
akan ku pertahan kedaulatanmu
akan ku robek-robek musuhmu
akan ku jaga amanah bapa-bapa dan ibu-ibu kita
akan ku kejutkan anak-anak yang leka...
biar bangkit terbela, tidak tersisih lagi terhina.



Nukilan:
Azlifah
31hb. Ogos 2013