Sunday 9 June 2013


SAJAK -SAJAK PATRIOTIK PILIHAN 

Transformasi Bumiku

Selangkah demi selangkah
Ku memijak di bumi nyata
Tanpa takut atau gentar
Merasai nikmat sesama manusia

Walau sukar kehidupan silam
Tidak lagi di masa hadapan
Setelah mengalami pelbagai perubahan
Kini bumiku aman tiada peperangan

Sejarah lama menjadi ingatan
Peristiwa silam tidak akan berulang
Bumiku aman sentiasa dijulang
Wawasan kehidupan semakin gemilang...

Hasil nukilan Muhammad Haziq bin Jamaludin ( 2 UIAM  2013 )


Malaysia Negara Maju

Malaysia tanah airku
Kini makmur aman sejahtera
Walau negeri banyak di Malaysia
Tetap teguh bersatu padu
Di bawah naungan jalur gemilang
Rakyat hidup tanpa mengira kaum

Malaysia tanah airku
Telah mendidik anak bangsa
Dari kecil hingga dewasa
 Bersekolah hingga berjaya
Gigih bangun untuk berusaha
untuk mencapai matlamat hidup

Malaysia tanah airku
Walau maju pesat membangun
Generasi kini banyak terlupa
Akan jasa nenek moyang
yang telah letih berkorban
Memerdekakan negaraku tercinta

Malaysia tanah airku
Mempunyai bangsa yang berjaya 
Mempunyai pemimpin yang berwibawa
Lagi adil dan bijaksana
Ingin melihat negara berjaya
Tahun 2020 menjadi wawasannya..

Hasil nukilan Janatul Naim bin Mohd Noor ( 2 UIAM 2013 )